Selasa, 8 September 2015

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 menjadi sebuah Negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan.
 
Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam system pendidikan, bijak mengenal pasti dan mengaplikasikan pelbagai strategi serta kaedah pengajaran yang inovatif, mahir menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi tersebut.
 
Seorang guru masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini. Kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam system pendidikan akan mampu meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju pada tahun 2020.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan