Tenologi e-pembelajaran membuka laluan p&p secara maya iaitu melalui internet dengan mudah dan pantas. Dengan cara ini, guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini.
Definisi :
Reka bentuk resos merupakan suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, mentaksir dan menilai bahan pengajaran. Bidang Sains digunakan untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian, dan penyelenggaran suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.
Konsep :
Reka bentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan p&p menggunakan resos tradisional seperti bahan bercetak, bahan 2-D dan 3-D, ataupun resos terkini seperti bahan berbantukan computer melalui pelbagai media audio-visual, pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan sosial.
Tujuan :
- Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka bidang ilmu.
- Pembelajaran berpusatkan murid.
- Menggunakan konsep Pembelajaran Masteri.
- Meningkatkan kualiti serta keberkesanan system pendidikan keseluruhannya.
- Kurangnya bahan pengajaran berbantu komputer yang sesuai di pasaran.
- Bahan pengajaran yang terdapat di pasaran tidak menepati objektif FPK kerana dihasilkan oleh pakar komputer yang tidak mahir dengan kandungan kirikulum dan aspek pedagogi p&p.
Jenis :
1. e-buku
- buku dalam bentuk elektronik
- memuatkan kandungan yang sama dengan kandungan buku yang dicetak
- mempunyai ciri-ciri tambahan seperti terdapat pautan, fungsi carian,
fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota
2. e-majalah
- majalah dalam bentuk elektronik
- mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah yang dicetak dan ditambah
fungsi-fungsi seperti e-buku
- mudah dicapai melalui internet dan dijadikan bahan rujukan pada bila-bila masa
- guru dapat membimbing dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah
pembelajaran atau memberi fokus kepada aspek-aspek penting
3. e-portfolio
- satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran
pelajar, artifak, catatan, interaksi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar
- memudahkan guru memantau dan membimbing pelajar mengikut keperluan
4. blog dan forum
- memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons,
berkolaborasi dan berbincang dalam talian
- membekalkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan
- pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri
- kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan
Senarai teknologi yang boleh digunakan :
- Personal Digital Assistants (PDA)
- MP3
- CD-ROM
- Web 2.0 tools
- Laman sesawang / web
- E-mel
- Discussion dan bulletin board
- Blog
- Wiki
- Chat
- Podcast
Model Reka Bentuk Resos :
1. Model Berorientasikan Bilik Darjah
- tidak menggalakkan guru membina bahan
- guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif p&p
- guru merancang pelajaran
- guru sediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah
- contoh:
- Model Gerlach dan Ely (1980)
- Model ASSURE (1996)
- Model Kemp (1985)
- Model Dick dan Reiser (1989)
Model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993)
•Terdapat enam langkah:
1)A - Analyse learners (Analisis pelajar),
2)S - State objectives (Nyatakan objektif),
3)S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),
4)U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),
5)R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran),
6)E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).
Model Dick dan Reiser (1989 )
•Terdapat lapan langkah:
(a) Tentukan matlamat,
(b) Analisis ciri pelajar,
(c) Tulis objektif,
(d) Pilih/semak buku teks,
(e) Bina ujian,
(f) Bina aktiviti pengajaran,
(g) Pilih media pengajaran,
(h) Laksana pengajaran.
2. Model Berorientasikan Produk
- Contoh:
- Model Van Patten (1989)
- Model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990)
- Model Bergman dan Moore (1990)
Model Jenis Produk Leshin, Pollock Dan Reigeluth (1990)
Terdapat tujuh langkah:
a. Analisis masalah,
b. Analisis domain,
c. Analisis dan susun tugasan,
d. Analisis dan susun isi sokongan pelajaran,
e. Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,
f. Lakukan reka bentuk mesej interaktif,
g. Nilai pengajaran.
3. Model Berorientasikan Sistem
- Contoh :
- Model IDI (1973)
- Model IPISD (1975)
- Model Dick dan Carey (1979)
- Model Diamond (1989)
- Model Seels dan Glasgow (1990)
Model Dick dan Carey (1979
Terdapat sembilan langkah:
a.Kenal pasti matlamat pengajaran,
b.Buat analisis pengajaran,
c.Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar,
d.Tulis objektif prestasi,
e.Bina item ujian rujukan kriteria,
f.Bina strategi pengajaran,
g.Bina dan pilih bahan pengajaran,
h.Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif,
i.Semak semula pengajaran.
Peringkat Reka Bentuk Ressos :
i. Analisis Murid
Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran.
Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi.
ii. Nyatakan Objektif
Merupakan penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran.
Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang resos pengajaran.
Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan tingkat kebolehan murid, dan objektif pengajaran.
Oleh kerana kebiasaannya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas.
Justeru penggunaan media dan bahan perlulah pelbagai.
Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan.
Antaranya adalah seperti berikut :
•beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan
•penyediaan bahan
•sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang
dipilih
•sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif
•sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan diingati oleh murid.
iii. Penglibatan Murid
Ia penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku.
Aktiviti yang boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya.
Guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.
iv. Penilaian
Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya.
Penilaian meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif.
Ciri-ciri Reka Bentuk Resos :
•Menepati kurikulum
•Menepati arahan
•Kos berpatutan
•Hiasan berpada
•Ketepatan teknik
•Sesuai dengan pencapaian murid
Kelebihan :
- Mempelbagaikan p&p
- Guru dan murid boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber
- Sumber maklumat mudah diperoleh
- Menjimatkan masa
- Pengurusan dan pengemaskinian bahan yang lebih bersistematik
- Murid dan guru tidak berasa jemu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan