Perkembangan Persekitaran Pembelajaran


Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi internet. Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas menguasai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. Justeru, persekitaran pembelajaran juga perlu berubah daripada pembelajaran bilik darjah formal kepada bilik darjah maya, seterusnya mengubah persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.




 
Persekitaran Pembelajaran Maya ( Virtual Classroom)
•Perkembangan internet juga telah mewujudkan konsep bilik darjah maya.

•Perkembangan bilik darjah maya menjadi amalan semasa di peringkat kolej dan universiti yang mengamalkan pembelajaran secara campuran (blended).

•Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran.


•Kawalan dibuat melalui Learning Management System (LMS) dan Virtual Learning Environment.

•Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan bulletin dan tidak mementingkan hubungan sosial antara pengguna.

•Perkembangan pesat internet memungkinkan perubahan yang semakin pesat dalam penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.





 
Persekitaran Pembelajaran Personal
•Pembelajaran sebagai satu proses informal sememangnya telah diterima sebagai satu bentuk pembelajaran yang berlaku sepanjang hayat individu.

•Pembelajaran formal diikuti dengan latihan atau aplikasi pembelajaran dalam situasi sebenar berlaku sepanjang hayat.

Dengan adanya teknologi, pendidikan formal dan informal bergerak seiring.


•Pembelajaran campuran (blended) memanfaatkan kedua-dua bentuk pembelajaran formal dan informal.

•Manusia memiliki pelbagai gaya pembelajaran dan mengaplikasikan gaya pembelajaran yang berbeza bagi menguasai kemahiran dan pengetahuan yang berbeza mengikut keperluan isu atau masalah yang hendak diselesaikan.

•Terdapat pelbagai jenis perisian yang boleh dipilih mengikut kesesuaian fungsinya untuk mencapai matlamat pelajar.

Contohnya, skype, twitter, flickers, facebook, tubely dan youtube.

  •Perkembangan dalam teknologi internet inilah yang mewujudkan Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE).

•Pelajar sendiri yang mengawal, menentukan, menguruskan pembelajaran.

•PLE terdiri daripada pelbagai alat (tools) untuk mengakses.

Antara yang paling banyak digunakan adalah perisian sosial yang menghubungkan dan membolehkan manusia berkolaborasi dengan menggunakan komputer.



•Perisian sosial membolehkan perhubungan, pengisian isi kandungan dan perkhidmatan.

•Perisian sosial semakin banyak digunakan dalam pendidikan. Contoh aplikasi perisian ialah wiki, weblog, alat perkongsian multimedia dan sebagainya.

•PLE mengupayakan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri.






Antara perisian dalam persekitaran pembelajaran personal adalah:
•Word processor untuk menghasilkan penulisan

•E-mel untuk mendapatkan maklumat daripada tokoh, rakan dan sebagainya.

•Audio untuk menyediakan podcast.

•Video editor untuk persembahan multimedia.

•Weblog

•Photo sharing service

•Web browser - firefox, windows

•Bookmark sharing service

•Podcast publishing

•Newsreader

•Instant messaging - skype






•Para guru dan pendidik perlu sedar akan perkembangan persekitaran pembelajaran personal memandangkan maklumat boleh diperoleh dengan mudah melalui satu klik.

•Tambahan pula, pelajar berada dalam dunia yang pantas berubah dengan adanya kemudahan teknologi internet.





Perbezaan antara persekitaran pembelajaran maya dengan persekitaran pembelajaran personal.


 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan